Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian (SMKMI) dimulakan pada 1 Januari 2001 dengan berkongsi bangunan dengan SMK Simpang Empat. Pada 24 Julai 2001 , SMKMI mempunyai bangunan sendiri dengan keluasan 30.7 ekar dan pengambilan pelajar seramai 295 orang dan guru 18 orang sahaja. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada sesi pagi sahaja. Pada 11.01.2003, SMKMI dipilih sebagai Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang dengan pengambilan pelajar sukan seramai 180 orang . Antara sukan yang ditawarkan kepada pelajar olahraga, hoki, sepak takraw, bola sepak dan bola jaring. Semua pelajar sukan ditempatkan dalam asrama putera dan puteri.
WHAT'S NEW?
Loading...