WHAT'S NEW?
Loading...

Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

                     

Laporan Penuh Awal:

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

 

Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025

1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malaysia

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.

Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang. 

Sila layari laman web 1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.

Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif 2012


Semua guru dan pelajar SMK Mutiara Impian dijemput untuk menyertai Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif ( Creatif Multimedia Content) Tahun 2012.

Tuan/Puan serta pelajar boleh melayari laman web MyGosscon 2012 untuk keterangan lanjut.
Pertandingan bermula pada 1 September 2012 dan berakhir 7 Oktober 2012.


Berikut adalah garis panduan berkaitan pertandingan dan beberapa lampiran yang berkaitan.

1. Garis panduan multimedia kreatif.

2. Slaid Taklimat Pertandingan.

3. Surat Akujanji.

4. Borang Penyertaan.

Sumber Terbuka (Open Source)


        Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Antara perisian sumber terbuka yang terkenal ialah:

1. Sistem-sistem operasi berasaskan GNU/Linux seperti Debian, Fedora, OpenSuse, Mint, Slackware, Gentoo dan sebagainya.
2. GIMP - alternatif kepada Photoshop untuk suntingan grafik.
3. OpenOffice.org/LibreOffice alternatif kepada Miicrosoft Office.
4. Apache - sistem pelayan (server) HTTP/web.
5. MySQL - sistem pangkalan SQL (Server Query Language)
6. Joomla! - sistem pengurusan bahan yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan web PHP dan menyimpan data menggunkan MYSQL.