Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Antara perisian sumber terbuka yang terkenal ialah:
1. Sistem-sistem operasi berasaskan GNU/Linux seperti Debian, Fedora, OpenSuse, Mint, Slackware, Gentoo dan sebagainya.
2. GIMP - alternatif kepada Photoshop untuk suntingan grafik.
3. OpenOffice.org/LibreOffice alternatif kepada Miicrosoft Office.
4. Apache - sistem pelayan (server) HTTP/web.
5. MySQL - sistem pangkalan SQL (Server Query Language)
6. Joomla! - sistem pengurusan bahan yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan web PHP dan menyimpan data menggunkan MYSQL.
0 ulasan:
Post a Comment